Saya baru menggunakan produk DERMAGs. Apa yang perlu saya buat ? 

Bagi pengguna yang baru mengguna produk DERMAGs, mereka disarankan untuk mengambil tempoh bertenang terlebih dahulu supaya kulit bersedia menerima produk baru. 

APAKAH MAKSUD TEMPOH BERTENANG/PERALIHAN

Apabila anda menggunakan produk kosmetik@penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia sintetik, parabens, merkuri dan PEGs, kulit anda yang melalui pendedahan kimia dos rendah ini akan menyimpan toksin yang terkumpul. Kebanyakan produk di pasaran tidak melalui kajian yang betul adalah penuh dengan bahan-bahan kimia yang merbahaya.
Ambil sahaja contoh ini : apabila pelanggan yang mempunyai jenis kulit berminyak menggunakan produk yang menanggalkan keseluruhan 100% minyak pada kulit, seperti pembersih detergen. Ini adalah sangat merbahaya untuk kulit, kerana kulit juga memerlukan sedikit pengeluaran minyak ini sebagai perlindungan dan juga penghidratan. Kebanyakan set penjagaan kulit KONVENSIONAL di pasaran benar-benar bergantung kepada perbuatan MENEKAN dan MELUNTUR (Bleaching) untuk menjadikan kulit berasa seimbang dan lancar. DERMAGs pula berfungsi sebaliknya iaitu melalui penggunaan bahan-bahan AKTIF semula jadi seperti ALPHA-MAGs, ianya akan bertindakbalas dengan kulit untuk meningkatkan tahap kesihatan kulit dari dalam lapisan epidermis.
Kebanyakan pengguna apabila berhenti menggunakan produk kosmetik KONVENSIONAL ini akan mendapatkan tindak balas yang buruk keatas kulit mereka. Merkuri yang terdapat di dalam kulit akan membantutkan proses homeostasis kulit dan mencetuskan tindak balas buruk kepada metabolik kulit dan seterusnya mendorong kepada keradangan dan iritasi kulit.

Jadi satu tempoh bertenang diperlukan sebelum anda memakai produk penjagaan kulit yang baru untuk membuang toksin-toksin yang telah terkumpul di dalam kulit anda. Pengguna disarankan menggunakan cleanser sahaja terlebih dahalu pada peringkat awal (sekiranya kulit yang kering boleh menambah moisturiser) dan (jika kulit terdedah terlalu lama digalakkan untuk memakai BB Cushion). Tempoh bertenang sekurang kurangnya 14-30 hari bagi kulit yang bebas daripada merkuri dan 1-3 bulan diperlukan bagi kulit yang pernah menggunakan produk-produk yang mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya. Selepas tempoh itu, barulah kita akan akan menggunkan kesemua item secara berperingkat.



ITEM YANG DIGUNAKAN UNTUK TEMPOH BERTENANG 
Kalau nak kulit yang cantik, sihat dan berseri seri perlu konsisten mengikuti tempoh bertenang dalam mencuba produk dermags ini kerana produk dermags mampu membaiki sel-sel kulit  mati, mencerahkan kulit wajah secara sekata, merawat masalah kulit wajah (parut,jerawat dll) dan membolehkan kolegen terhasil secara semulajadi. Lama kelamaan kulit kita akan menjadi semakin cerah, gebu dan awet muda. In Shaa Allah dengan penggunaan yang istiqamah kita akan mendapat kulit idaman yang diimpi-impikan.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kulit Terasa Pedih Bila Terkena Matahari?

KENAPA MUKA SAYA TERASA PEDIH SELEPAS GUNA CLEANSER?

Kenapa Jeragat Semakin Gelap Selepas Guna Dermags?