Kenapa Kulit Terasa Pedih Bila Terkena Matahari?

Apabila kita berada di bawah pancaran cahaya matahari untuk beberapa minit, kita akan mula terasa pedih pada bahagian kulit tertentu terumanya muka. Itu disebabkan kulit kita mula terbakar, atau lebih difahami sebagai sunburnSunburn terjadi apabila kulit kita terdedah kepada radiasi sinaran UV.

Apa Itu Sinaran UV?

Sinaran UV (ultraviolet) adalah satu radiasi yang dihasilkan oleh matahari. Ianya mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek daripada cahaya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Gelombang ini pula terbahagi kepada 3 iaitu UVA, UVB dan UVC.

Kesan Sinaran UV Terhadap Kulit

Di antara 3 jenis sinaran UV ini, gelombang UVA adalah yang terpanjang (320 - 400 nanometer). Manakala UVB pula lebih pendek (290 - 320 nanometer). UVC adalah gelombang paling pendek (100 - 290 nanometer) dan diserap oleh lapisan ozon bumi. Hanya UVA dan UVB mampu sampai ke permukaan bumi dengan menembusi lapisan atmosfera.

Ketiga-tiga sinaran UV ini menyebabkan pengurangan kolagen dalam kulit kita yang mana kolagen dapat memelihara kulit kita daripada sentiasa muda dan anjal. Sebab itulah pendedahan kerap terhadap UV terutamanya UVA boleh mempercepatkan proses penuaan selain menyumbang kepada kanser kulit untuk jangka masa panjang sebagaimana UVB.

Perbezaan Sinaran UVA dan UVB

Perbezaan Antara UVA dan UVB

Sinar UVB hanya terkesan pada lapisan kulit pertama (lapisan epidermis) yang boleh mengakibatkan kulit menjadi lebih gelap, kulit terbakar (sunburn), jeragat, kelihatan kemerah-merahan, kerosakan DNA dan lebih membimbangkan boleh menyebabkan kanser kulit jika tanpa perlindungan daripada SPF.

Berbeza dengan UVA. Disebabkan ia mempunyai gelombang yang panjang, ia mampu menembusi lapisan kulit kedua (lapisan dermis - juga dipanggil sebagai korium) yang berfungsi untuk menjaga keanjalan kulit kita. Ini bermakna penerimaan sinaran UVA tanpa perlindungan PA akan menyebabkan kulit lebih cepat berkedut.
80% daripada kedutan dan garis-garis halus pada wajah adalah berpunca daripada sinar UVA.
Info Lanjut: Apa Itu SPF dan PA

Walaupun UVA tidak sebahaya UVB, tapi kita lebih mudah terdedah dengan sinaran UVA yang boleh menembusi pakaian dan kaca untuk menyerap ke dalam kulit. Walaupun kita berada di dalam kereta pada siang hari dengan tingkap ditutup tanpa sebarang filem perlindungan UV (tinted), kita masih berisiko untuk mendapat pancaran sinar UVA berbanding UVB yang tidak mampu menembusi kaca.

Radiasi UV tidak seperti cahaya matahari yang boleh kita lihat dan rasa panas. Deria kita tidak mampu untuk mengesan sinar UV.

Tips untuk Mengelak Daripada Terkena Sinaran UV

  1. Berlindung di tempat teduh terutamanya antara pukul 10 pagi hingga 4 petang.
  2. Menutupi anggota badan dengan pakaian, memakai topi lebar dan memakai kacamata dengan perlindungan UV.
  3. Pasang kertas filem pelindung khas untuk mengelakkan sinaran UV pada tingkap rumah atau kereta.
  4. Gunakan produk pelindung matahari yang mengandungi SPF50 dan PA+++ untuk perlindungan yang lebih baik daripada sinar UVB dan UVA.

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA MUKA SAYA TERASA PEDIH SELEPAS GUNA CLEANSER?

Kenapa Jeragat Semakin Gelap Selepas Guna Dermags?