Kenapa Jeragat Semakin Gelap Selepas Guna Dermags?

Kenapa Jeragat Semakin Gelap Selepas Guna Dermags?

Secara ringkasnya begini:

Kulit kita (Epidermis) terdiri dari 5 lapisan. Paling atas stratumn corneum dan paling bawah stratumn basal. Sel – sel kulit akan perlahan – lahan berganti baru setiap 28 hari sekali dengan pergerakan sel dari dalam ke luar. Jika jeragat berada di bahagian bawah kulit, Ia akan bergerak perlahan – lahan ke luar dan semakin ia menghampiri lapisan luar, semakin terang warnanya 
(Jeragat kelihatan semakin gelap).

Sel – sel kulit yang mengandungi  jeragat ini akhirnya akan di singkirkan secara semulajadi (exfoliate)  dan kulit akan bebas dari jeragat dengan syarat, kulit perlulah dilindungi dari UV dengan menggunakan pelindung fizikal seperti payung ataupun menggunakan Sunblock dengan SPF 50 dan PA +++ supaya jeragat baharu tidak terbentuk.

Jadi berapa lama masa diperlukan untuk kulit bebas jeragat sepenuhnya?

Bergantung kepada “ketebalan” jeragat. Semakin dalam kedudukan sel yang mengandungi jeragat, semakkin lambat. Semakin berusia, semakin lambat kerana proses penukaran kulit baharu mengambil masa yang lebih lama – sehingga 40 hari.

Sebenarnya, kita tak perlu risau sekiranya jeragat kelihatan semakin gelap selepas menggunakan Dermags kerana ini adalah tanda yang proses penyingkiran kulit semulajadi sedang berjalan dengan baik.

Kenapa lambat? Tak seperti produk jeragat yang lain?

Cara yang paling cepat untuk menghilangkan jeragat ialah dengan menggunakan produk pengelupasan seperti hidroquinon. Namun produk ini mempunyai kesan yang berbahaya dan hanya boleh digunakan dengan mendapat nasihat Doktor. 

Sementara produk yang ada di pasaran menggunakan dos yang berlebihan dan digunakan secara berpanjangan. Ini bukan sahaja boleh meyebabkan kulit menjadi tidak stabil kerana berada di luar sebelum masanya, malahan boleh menyebabkan kulit menjadi lebih teruk dari sebelum menggunakan produk berhidroquinon ini.

Manakala Dermags ialah produk yang mementingkan kesihatan kulit dan percaya yang kesihatan kulit itu adalah kunci kepada kecantikan total, memilih untuk tidak menggangu proses semulajadi kulit. Apa yang Dermags lakukan ialah memberi nutrien yang betul supaya kulit yang rosak dapat dipulihkan segera dan dilindungi dari kerosakan yang berpanjangan.

Dengan formulasi Dermags, sel kulit yang baharu bukan sahaja lebih sihat, malahan bebas dari melanin yang berlebihan. Ini akan membuatkan kulit anda cerah, sihat dan bebas jeragat.

Jadi, jom DERMAGS!


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kulit Terasa Pedih Bila Terkena Matahari?

KENAPA MUKA SAYA TERASA PEDIH SELEPAS GUNA CLEANSER?