JERAGAT vs DERMGs SKINCARE SOLUTIONS

FAKTA SEBENAR TENTANG JERAGAT YANG KITA PERLU TAHU SEBELUM MEMILIH SKINCARE YANG BETUL UNTUK MENGHILANGKANNYA.
.
Dalam group Whatsapp Dr Mariani (Pakar Kosmetik dan Ketua Penyelidik IBD UTM), Dr Mariani ada menerangkan dengan detail tentang jeragat, punca dan cara menghapuskannya.
.
Rupanya nak menghapuskan jeragat dari muka kita dengan cara yang selamat dan natural bukannya senang.
.
Kalau pakai krim kilo (yang ada merkuri, hidroquinon, tretonoin etc) 1 ke 2 minggu confirm boleh hilang. Tapi yang hilang cuma di permukaan kulit je. Jeragat kat dalam kulit tetap ada. Dah tu tanggunglah azabnya kalau dah berhenti guna nanti.
.
Bukan takat makin teruk jeragat akan keluar, sel kulit muka pun boleh rosak tau! Kulit jadi nipis, pedih. Nauzubillah. Takpelah, nak cantik cepat kan...
.
Kalau Akak serius tak suka nampak jeragat kat muka bila tengok cermin, Akak kena faham dulu pasal lapisan kulit kita dan punca jeragat ni terjadi.
.
Dr. Mariani bagitahu lapisan luar kulit kita (Epidermis) ni ada 5 lapisan. Dan setiap lapisan diganti dengan sel baru mengikut kitaran kulit. (Ya, jangan ingat ular ja bersalin kulit, manusia pun sama hehe).
.
Pusingan kitaran kulit ni ikut umur kita. Kalau orang yang umurnya 30an, kitaran kulitnya 28-35 hari sekali, Kalau 40an, 30-42 hari sekali dan kalau 50an 45-84 hari untuk yang 50an dan ke atas.
.
Jeragat ni asalnya terhasil di lapisan kulit yang paling bawah. Kalau Akak tengok rajah kulit tu, ada lapisan namanya Stratum Basale. Kita panggil lapisan ke 5 je lah senang.
.
Dan jeragat di lapisan kelima ni akan naik ke setiap satu lapisan ke atas mengikut kitaran pembaharuan sel kulit kita.
.
Setiap satu kitaran kulit, jeragat akan naik ke satu lapisan kulit dan begitulah seterusnya.
.
Sebab tu ada jeragat yang nampak terang dan ada jeragat yang nampak pudar.
.
Jeragat yang terang maksudnya dia dah sampai lapisan kulit paling luar. Jeragat pudar adalah jeragat yang masih berada di lapisan kulit yang bawah-bawah dan tunggu masa nak keluar.
.
Bila dah sampai ke lapisan paling luar (Stratum Corneum) sekali, masa ni jeragat tu akan jadi sel mati dan akan terbang bersama angin atau bahasa jawanya exfoliate.
.
Tapi nak sampai ke tahap tu memang akan ambil masa.
.
Untuk menghilangkan jeragat sepenuhnya dengan menggunakan produk yang benar-benar natural, kalau ambil masa 6 bulan ke setahun tu biasa kak. TIADA JANJI MANIS DI SINI.
.
Janganlah datang kat Ina minta nak cuba DERMAGs tapi nak jeragat clear dalam sebulan. Lepas sebulan jeragat tak hilang, dah nak tukar produk lain.
.
Tak payah kak. Buang masa Akak, buang masa Ina. Dan buang duit Akak je kalau guna DERMAGs sekerat jalan. Ina pun sedih kalau Akak tak sabar dan istiqomah guna DERMAGs.
.
CARA DERMAGS YANG NATURAL DAN SELAMAT NI HANYA UNTUK AKAK-AKAK YANG BETUL-BETUL PENYABAR DAN PENTINGKAN KULIT YANG SIHAT DAHULU SEBELUM KULIT CANTIK.
.
Sebab cara DERMAGs bertindak ni bukan macam skincare lain.
.
DERMAGs akan merawat dan membaiki sel-sel dalam lapisan kelima dulu.
.
Ingat lagi macam mana jeragat travel dari lapisan kelima ke lapisan pertama kulit?
.
Samalah konsepnya. Sel kulit lapisan kelima yang dah sihat juga akan travel ke lapisan pertama.
.
Jadi, sihatlah semua lapisan kulit kita secara natural. Jeragat takde, muka pun bersih dan tak kusam lagi sebab sel-sel kulit semua dah sihat.
.
Dah sihat sel-sel ni barulah DERMAGs mencantikkan pula kulit dengan merangsang penghasilan kolagen semulajadi dalam diri kita. 
.
Ini dah masuk cerita melambatkan atau mengurangkan kedut di muka. Tapi lain kali lah Ina cerita pasal macam DERMAGs ni boleh mengembalikan ketegangan kulit muka kita. Kita fokus pasal jeragat je dulu.
.
Untuk sementara tu, Akak layan je dulu gambar pipi gebu Dr. Mariani hehe. Itu bukan botox tau! Tapi 4 tahun Istiqomah guna DERMAGs sejak dari dalam makmal lagi.
.
Ok balik pada cerita jeragat tadi.
.
Jeragat ni boleh terjadi akibat beberapa sebab.
.
Tapi sebab yang biasa di Malaysia ni ada dua.
.
Satu, bila kulit kena sinar UV matahari.
.
Dua, bila kita gunakan produk skincare yang ada kimia berbahaya (tapi kita tak sedar).
.
Jeragat ni adalah lebihan pigmen Melanin (bahan) yang memberi warna gelap pada kulit yang dihasilkan oleh Sel Melanocytes.
.
Bila kulit kita kena sinar UV matahari, kulit kita akan keluarkan Melanin untuk lindungi kulit supaya tak kena radiasi yang boleh sebabkan kerosakan kulit dan juga kanser kulit.
.
Melanin ni dibuat oleh Sel Melanocytes di lapisan kulit kelima dan berwarna gelap.
.
Sel Melanocytes ni pulak dirangsang oleh enzim Tyrosinase untuk hasilkan Melanin.
.
Faham ke tak ni? Dah macam kelas biologi kan?
.
Ni lah cerita betapa rumitnya cara nak hilangkan jeragat secara natural.
.
Dan inilah kajian yang Dr. Mariani kena lalui untuk hasilkan produk skincare yang selamat macam DERMAGs.
.
Kalau skincare timbang kilo, dia akan pukul rata kikis lapisan kulit luar kita satu persatu untuk hilangkan jeragat ni.
.
Itu cara yang bahaya dan menipiskan lapisan kulit. Tapi sel-sel yang hasilkan jeragat masih ada. Lebih teruk, sel-sel ni akan jadi rosak sebab dah kena bahan kimia. Masa ni muka akan jadi merapu dah...
.
CARA DERMAGS BERTINDAK KE ATAS JERAGAT NI SANGAT BERBEZA.
.
DERMAGs ni macam penembak tepat. Dia akan terus masuk ke dalam lapisan kelima kulit (tengok rajah semula) dan dia akan rencatkan penghasilan enzim Tyrosinase yang jadi punca penghasilan Melanin tadi.
.
Bila Melanin ni kurang secara semulajadi dari akarnya, muka kita akan jadi makin cerah dan penghasilan jeragat akan terhenti dengan cara yang selamat.
.
Baki-baki jeragat yang ada di muka akan ditolak keluar oleh DERMAGs.
.
Sebab tu ada pengguna yang DERMAGs yang risau bila jeragat nampak makin terang lepas guna DERMAGs.
.
Itu sebenarnya jeragat tu dah hampir dengan lapisan kulit paling luar.
.
Bila dah sampai luar, cuci pulak dengan Cleanser DERMAGS, hilanglah jeragat tu bersama sel-sel kulit yang mati.
.
Selesailah masalah jeragat Akak, dan kulit muka pun sihat.
.
O lupa satu benda. Ingat 2 punca jeragat tadi?
.
Satu, sinar UV matahari. Dua, penggunaan skincare berasaskan kimia berbahaya.
.
Jeragat yang terhasil secara natural akibat kena cahaya matahari lebih mudah dirawat berbanding jeragat yang terhasil hasil tindakbalas bahan kimia dalam produk skincare timbang kilo.
.
Maksudnya kalau sebelum ni Akak pernah guna produk timbang kilo (ya walaupun Akak beli tak murah, tapi sebenarnya timbang kilo), tolonglah bersedia untuk terima hakikat jeragat tu akan ambil masa yang lebih lama untuk dihilangkan.
.
Senang cakap, kalau dah 3-4 tahun pakai produk yang ada bahan kimia bahaya, janganlah expect masalah kulit Akak akan selesai dalam masa 3-4 bulan dengan DERMAGs.
.
Kita patut rasa bertuah sebab akhirnya ada seorang penyelidik wanita Malaysia seperti Dr. Mariani yang benar-benar memahami keperluan wanita Malaysia sendiri dengan mencipta formulasi natural skincarenya sendiri yang selamat, halal, mesra wudhu, lulus KKM dan dikawal selia oleh UTM. Siap menang Awards lagi di Korea. Research-based. Awards Winning. Apa lagi bukti yang kita nak sangsi tentang DERMAGs?
.
Niat Dr. Mariani memang nak membantu wanita Malaysia mendapat kulit yang sihat dan cantik dengan cara yang selamat.
.
Beralihlah ke produk natural. Berhentilah dari guna produk yang ada kimia berbahaya.
.
DERMAGs ni adalah produk skincare hasil kajian di makmal. Hasil kajian PhD Dr. Mariani sendiri.
.
Yang guna DERMAGs ni pun bukan calang-calang orang. Ada ahli akademik, ada Doktor Perubatan, ada Saintis, ada golongan professional, international travellers, macam-macamlah.
.
Cubalah DERMAGs ni kak. Ramai dah orang yang dapat manfaat dengan DERMAGs.
.
Akak boleh mulakan penggunaan DERMAGs natural skincare dari serendah RM59 sahaja. Apa yang penting ada sabar dan istiqomah. Itu pesan Dr. Mariani sendiri.
.
.
.
.
P.S : Akak akan dapat lifetime consultancy yang tak ternilai harganya dari Dr. Mariani
.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kulit Terasa Pedih Bila Terkena Matahari?

KENAPA MUKA SAYA TERASA PEDIH SELEPAS GUNA CLEANSER?

Kenapa Jeragat Semakin Gelap Selepas Guna Dermags?