Kulit Sensitif



Kebelakangan ini, semakin ramai orang berkulit sensitif. Kita terdedah kepada rangsangan alam sekitar, tekanan, pendedahan cahaya matahari, dan unsur-unsur lain yang tidak sihat secara berterusan


Kulit sensitif ni macam mana?

Kulit sensitif adalah keadaan kulit yang bertindakbalas secara berlebihan terhadap produk kosmetik, skincare, syampu, losyen, panas matahari, cuaca kering dan dingin, atau faktor luaran.

Tisu kulit sensitif  tidak akan banyak meninggalkan sisa minyak, lebih cenderung kering, sering kemerahan, mengelupas, dan sering terasa gatal ketika menggunakan produk perawatan kulit. 

Keadaan kulit sensitif menjadi bertambah buruk apabila terdedah kepada cuaca sejuk dan kering. 



Macam mana nak tahu sama ada kulit anda sensitif atau tidak?


Jika anda tak pasti sama ada kulit anda sensitif atau tidak, cuba perhatikan sama ada kulit wajah anda ada tanda-tanda di bawah. Jika anda ada mana-mana tanda di bawah, anda perlukan skincare yang mempunyai lebih perlindungan kepada kulit anda. 


Tanda - tanda Kulit Sensitif 



  • Apabila kena panas terik matahari, kulit muka jadi merah/kemerahan terutama bahagian pipi 
  • Kulit wajah selalu gatal, tegang dan kelihatan berbintik
  • Kadang-kadang sensitif untuk disentuh 
  • Kering ketika berada dalam kapal terbang 
  • bertindak balas terhadap skincare
  • Bertukar menjadi merah selepas mandi air panas


Punca Berlaku Kulit Sensitif



Penyebab kulit sensitif bebeza kepada setiap orang. Ada yang kulit menjadi sensitif disebabkan terdedah kepada pencemaran dan perubahan suhu. ada juga sebab menjalani diet yang mengakibatkan penurunan berat badan secara mendadak atau kesan kerana ubat-ubat yang tertentu. 
Keadaan-keadaan tersebut melemahkan daya tahan lapisan kulit paling luar. Ini menyebabkan kulit mengalami iritasi, terasa panas dan mengelupas. 
Terlalu kerap tukar produk skincare juga antara punca kulit menjadi sensitif. Lambakan produk skincare dipasaran mendorong pengguna menukar-nukar produk skincare demi mendapatkan hasil yang diinginkan. Namun, perbuatan menukar produk skincare terus- menerus terlalu kerap atau terlalu sering melakukan pengelupasan kulit mati dengan bahan aktif yang terdapat dalam produk skincare boleh merosakkan pertahanan kulit. Bukannya memberi perlindungan kepada kulit. 

Kaedah Pencegahan



  • Hindari suhu yang ektrim 
  • lakukan pengelupasan kulit satu kali seminggu. 
  • Pilih produk kulit tanpa wangian
  • Elakkan dari guna produk yang mengandungi bahan aktif kerana ia akan buat kulit bertambah kering dan mengeluarkan sebum / oily skin.

Cara Penjagaan Kulit Sensitif


  • Elakkan dari memilih pencuci atau alat solek yang merangsang kelembapan muka dan enzim yang mengakibatkan pengelupasan kulit.
  • Jauhi semua pencuci muka berbentuk gel.


Produk Skincare Yang Sesuai untuk Kulit Sensitif

Setelah mengetahui jenis kulit wajah, lebih mudah untuk anda merawat dan membeli produk perawatan yang sesuai untuk anda. 

Namun perlu diingat, ini adalah teknik dasar untuk mengetahui jenis kulit. 


Jika anda masih belum yakin atau ingin lebih dalam merawat kulit wajah anda, perlu rujuk doktor kulit atau pakar kesihatan kulit untuk mendapatkan perawatan yang terbaik.



Okay, sekarang dah tahu kan jenis kulit dan sedikit sebanyak tips penjagaan kulit wajah anda. Dengan menggunakan set DERMAGs juga membantu dalam memberikan kesan kulit anda ingini 

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kulit Terasa Pedih Bila Terkena Matahari?

KENAPA MUKA SAYA TERASA PEDIH SELEPAS GUNA CLEANSER?

Kenapa Jeragat Semakin Gelap Selepas Guna Dermags?