Kulit Berminyak

Cara Mengenali Kulit Muka Berminyak

Secara asasnya, amat mudah untuk mengenali kulit berminyak, kerana biasanya jenis kulit ini memiliki pori-pori besar, berjerawat, kulit kelihatan kasar dan berminyak. 

Namun, anda juga boleh uji jenis kulit muka anda dengan langkah-langkah berikut :

1. Bersihkan wajah anda
2. Biarkan wajah anda beberapa jam pada suhu ruangan normal (tak sejuk dan tak panas)
3. Ambil sehelai tisu atau kertas minyak dan tekan di titik T-zone (hidung dan dahi bahagian alis mata)
4. Seterusnya, tekan di titik-titik lain di wajah
5. Jika ada banyak sisa minyak di tisu atau kertas minyak yang anda gunakan, namun minyak ini berasal dari seluruh bahagian wajah, daerah T-zone, pipi, dagu, dan dahi, ini bermakna muka anda berminyak.


T-zon



Punca Kulit Berminyak

Kulit berminyak berlaku akibat penghasilan sebum yang berlebihan oleh kelenjar minyak yang terletak di lapisan kulit bawah. Sebum yang dihasilkan ini lebih dari yang diperlukan. Ia meleleh keluar kulit, menjadikan kulit kelihatan berkilat.

Aliran sebum (minyak) meningkat semasa remaja dan mula berkurang dengan usia. Pada masa-masa lain, seperti kehamilan dan menopaus, ketidakseimbangan hormon juga boleh menjejaskan keseimbangan minyak dan meningkatkan aktiviti kelenjar sebaceous.

Kulit berminyak mudah untuk berjerawat.

Tetapi, berita baiknya, disebabkan berminyak ini, akan menjadikan kulit anda kekal remaja. Jadi, kulit berminyak juga ada kelebihanya!


Kaedah Pencegahan

Elakkan makan kekacang


Cara Penjagaan Kulit Berminyak 



  • Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas untuk memastikan liang tidak tersumbat.
  • Gunakan pencuci muka yang bebas minyak.
  • Cuci muka 2 kali sehari
  • Basuh muka dengan air suam beserta garam
  • Jangan sental muka terlalu kasar kerana akan menghilangkan lembapan semulajadi kulit.
  • Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losyen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air rendah.
  • Boleh juga menggunakan moisturizer yang tertera 'nonacnegenic' kerana tidak menimbulkan masalah jerawat.
  • Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 Liter sehari
  • Jadikan putih telur sebagai masker. 


Cadangan Penggunaan Dermags

Cleanser, Brightening Softener, Serum


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kulit Terasa Pedih Bila Terkena Matahari?

KENAPA MUKA SAYA TERASA PEDIH SELEPAS GUNA CLEANSER?

Kenapa Jeragat Semakin Gelap Selepas Guna Dermags?